20091210

Interlude

Kadang-kadang aku rasa nak siku Abg Mat ni pun ada. Post la cerita Kota London. Cit. Mana marka Czech yang kasi blow- eh bukan kasi pancake dekat En tu? Cite tepi2 saje dok dak ghok.

Anyway, ni cerita banyak tak guna. Ni proyek Nu Ear ni apecrit? Proyek Leader aka MatRap guane nih? Ambe itu ari tak dapek nak bersahut-sahut meset pun dah merajuk lagi ke. Gua ade prob sket 2 3 minggu ni MatRap. Wuwuwu. Deym ;p Bila nak Nasi Lemak Pak Musanya?

Sidenote: Sabo. Post sebenar bakal menyusul. Nantikan Kisah Dulu MatRap & Kisah Dulu Ciuman Pertamaku Dicuri Kaum Sejenis!

20091209

TOLONGLAH UPDATE BLOG NI GEMOK MAOK!!!

20091202

SESEKALI MENULIS

Setelah sekian lama akaun saya di"unactive"kan oleh maok saya menyepikan diri, tetiba rasa macam nak menulis lah pulak. ni pon selepas attend class english dan selepas bersembang² bagiuh dok ada tentang music dengan salah sorang student dari prague, yang bernama Joseph.

Sama jugak lah macam saya, beliau pon main drum, jamming dan yang tak sama macam saya ialah beliau pernah buat opening di konsert somewhere kat prague dan juga beliau juga seorang part time drummer yang dipanggil untuk membuat show kat majlis² kahwin, dinner (MOL pon pernah buat gak, kat UIA lagi tuh..anyway, keyword LALANG , does it ring a bell to any of you guys?), dan gig² kecilan di sekitar kota raya.

Kemudian, dia recommendkan saya satu group, Living Color (tobat xpernah dengar nama kumpulan ni) yang mana mamat prague ni minat betol dengan drummer band berkenaan, yang bernama Will Calhoun. Lantas untuk membuktikan tahap urban, rebel dan kecelikan music, maka saya recommend lah kat beliau band Lagwagon instead of band Dream Theater (yang ni kena simpan untuk sembangan di kelas yang akan datang).


Serius, ingatkan beliau ni seorang undergroundies, based kepada cara beliau bercakap dan genre music yang dia kata dia minat (katanya rock, and punk). So, as a conclusion, hang pa compare sendiri lah between this 2 video untuk menguji tahap ke"rock"kan dan ke"punk"an beliau itu. Anyway, saya punya agenda untuk class next week ialah untuk memperkenalkan beliau kepada Dream Theater dan jugak Mike Portnoy.






20091201

MV: Lick That Man!

Gambar masa dulu²!!



Just nak try keberkesanan 1st posting ni jer haaa...

rosik

rozak..rshik.
rozik...rosok...

Khas Buat Abg Matrap





Your fendom fetish and others never fail to amazes me.



Kisah Dulu, 2007 - (Kantoi Berpakaian Kemas Lengkap Bercermin Mata Dan Tali Lehar Serta Tag Nama)

Dulu, sebelum masuk sem terakhir yakni semester LI (aku rasalah. jadual waktu pun tak ingat inikan pula benda macam ni), kami semua pelajar tahun akhir Fakulti Pembinaan & Lumrah Alam dikehendaki mengikuti program ala soft-skill gitu.

Kalau tak salah aku dia berlanjutan selama 2 minggu? Ke dibuat pada setiap hujung minggu selama 2 minggu? Ah pokok pangkalnya, pada acara akhir, ada sesi ceramah macam tu di dewan besar (baca: bilik kuliah utama). Sesi ceramah yang macam biasa-biasanya bosan dan aku serta segelintir yang lain rebel.

Rebel tak datang la. Rebel buat-buat happening dekat belakang la. Rebel buat-buat kacau marka bajet geli-geli la. Dan akhirnya tidak sign attendance pada setiap hujung sesi ceramah itu.

Fast forward beberapa minggu, beberapa orang pelajar telah dipanggil oleh seorang pensyarah (yang baru), yang dipertanggungjawabkan (kononnya <--nak merebella tu) sebabnya disyakki ponteng sesi ceramah itu. Yours truly adalah termasuk sekali dalam sebilangan yang terpilih itu.

Rebel tak rebel punya fasal kami semua (kalau tak salah aku lagi, adalah dalam 7 orang semuanya) pergi ke bilik Cik Pensyarah itu gaya gengster korea nak minta hutang. Tunggu punya tunggu Cik tu masih tak masuk bilik dia lagi. Tadi sibuk nak jumpa kata dalam STD. Ni tak ada pula. Macam ni lah penjawat awam. Waktu lunch berfoya-foya. Mana anak murid tak macam ni.

Boring sebab tunggu lama sangat aku dan Nuzul (rakan seperjuangan) pergi ke bilik En Mat bagi tujuan lawatan berkala.

Here's the interesting part.

Waktu kami melangkah masuk ke perkarangan halaman bilik-bilik tempat En Mat tu, kami dengar bunyi pintu bilik En Mat baru nak tutup.

Ngeekk. Macam tu lah lebih kurang bunyinya.

What lies before us are too much for a final year civil student to bare with.

En Mat berdiri di depan kami. Berkemeja lengan panjang bersih dengan butang lengan disempurnakan lengkap. Kemas bergosok. Di tuck-in ke dalam seluar slack dengan lipatan tajam di depan. Bertali pinggang jenama Crocodile. Berjam tangan Roscani tanda tidak suka membazir masa. Kasut hitam jenama Bata berkilat seperti baru digosok semalam. Bertali leher! Tag nama kemas bergentayangan di leher!! Dan, dan...

BERKACA MATA!!!!!

OUHMAIGATTTT!!!!


(Perlu diingatkan, En Mat selalu mengingatkan kami betapa beliau benci melihat lelaki yang memaki kaca mata bajet mamat rambut lawa dalam Winter Sonadin tu)



Pada ketika itu, aku, Nuzul dan En Mat berpandangan sesama sendiri buat 7 saat macam tu. Pandang muka masing-masing tanpa berbuat apa-apa in disbelief. En Mat memang ternyata kaget. Tergamam kaku terpacu di situ.

Sejurus selepas itu En Mat masuk ke dalam bilik dia. Keluar semula tanpa bercermin mata dan berpakaian sedikit selekeh macam biasa-biasa yang dia pakai.



"Eh awak semua nak pergi mana ni?"



Tegur beliau seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.



"Hoh!! Nak pergi jumpa mertua berlakon aa!!"



En Mat baru kahwin tak sampai 2 bulan aku rasa waktu itu.



...............



Abg G, Abg G (geleng kepala)

20091126

CHOP!!!!11!!




"I thinks it is SO cute the way she moves her feet while she's singing!"

20091125

Kisah Dulu, 2007: (Ditinggalkan Di Masjid Dengan Hanya Berboxer)

Pada suatu petang yang dingin tahun 2007 dulu. Ketika sesi hang-out petang-petang yang biasa. Kami singgah sekejap ke Masjid Kuantan setelah puas melayan Combo Rojak Ayam + Laicikang Legend tepi Padang MPK tu (nanti aku cerita bab ni pula).

Selesai solat asar (ewah), Aku, Abg Mat dan Nuzul dah siap siaga untuk rocking bandar Kuantan. Matno dan Faliq masih dalam Masjid.

Kalau tak silap aku masa tu, Matno tukar ganti seluar dengan aku, sebab iyalah, kata bujang, bebas, nak keluar ke bandar kenalah pakai short. Tapi solat jangan tinggal.

Malang tak berbau bagi Matno, petang tu Abg Mat yang tersohor dengan ideanya yang unorthodox dan tidak lagi releven di sisi masyarakat ada bersama kami. Masa Matno dah siap solat dan menuju ke kereta (kami bertiga dah dalam kereta masa tu). Aku hulur kain pelikat pada Matno (Matno tak pakai kain pelikat masa tu sebab Abg Mat dah pakai dulu. Aku keluar awal, itu yang dia pinjam seluar aku, bukan kain pelikat Abg Mat. Ah itu pun nak kena explain panjang-panjang).

Selesai Matno beri seluar jeans aku semula, seperti helang menyambar arnab, atas arahan Abg Mat, aku pantas tarik kain pelikat dari Matno sampai terlucut. Lepas tu masuk kereta kunci kereta dan Abg Mat menderum laju pandu kereta menjauhi Matno.

Matno cuba kejar tapi selepas beberapa langkah, dan apabila tersedar bahawasanya, famili-famili yang cuba menikmati petang indah di tepi padang MPK perasan, Matno cuba selindung diri di sebalik tiang-tiang berhampiran pondok yang ada tepi Masjid Negeri Kuantan tu.


Bayangkanlah.


Budak gemuk. Pakai t-shirt dan boxer sahaja. Tepi Masjid Negeri. Tepi padang MPK orang tengah sibuk main bola. Tepi gerai-gerai makan yang sesak waktu petang.


Amacam?


That's the only one of the two times I ever saw Matno face turned red and he became so furious.

Matno even tak bertegur dengan Abg Mat masa dalam lif Megamall waktu nak usha tiket wayang. Nasib baik ada Faliq time tu bajet hero teman Matno tepi masjid tu.

Matno, matno.


---------------


Lebih kurang 2 tahun lepas tu bila kisah ni diungkit balik, Matno kata,


"Tolong jangan buka kisah lalu boleh tak. Ini yang aku malas lepak ngan kau orang ni."



Ha ha.