20091125

Kisah Dulu, 2007: (Ditinggalkan Di Masjid Dengan Hanya Berboxer)

Pada suatu petang yang dingin tahun 2007 dulu. Ketika sesi hang-out petang-petang yang biasa. Kami singgah sekejap ke Masjid Kuantan setelah puas melayan Combo Rojak Ayam + Laicikang Legend tepi Padang MPK tu (nanti aku cerita bab ni pula).

Selesai solat asar (ewah), Aku, Abg Mat dan Nuzul dah siap siaga untuk rocking bandar Kuantan. Matno dan Faliq masih dalam Masjid.

Kalau tak silap aku masa tu, Matno tukar ganti seluar dengan aku, sebab iyalah, kata bujang, bebas, nak keluar ke bandar kenalah pakai short. Tapi solat jangan tinggal.

Malang tak berbau bagi Matno, petang tu Abg Mat yang tersohor dengan ideanya yang unorthodox dan tidak lagi releven di sisi masyarakat ada bersama kami. Masa Matno dah siap solat dan menuju ke kereta (kami bertiga dah dalam kereta masa tu). Aku hulur kain pelikat pada Matno (Matno tak pakai kain pelikat masa tu sebab Abg Mat dah pakai dulu. Aku keluar awal, itu yang dia pinjam seluar aku, bukan kain pelikat Abg Mat. Ah itu pun nak kena explain panjang-panjang).

Selesai Matno beri seluar jeans aku semula, seperti helang menyambar arnab, atas arahan Abg Mat, aku pantas tarik kain pelikat dari Matno sampai terlucut. Lepas tu masuk kereta kunci kereta dan Abg Mat menderum laju pandu kereta menjauhi Matno.

Matno cuba kejar tapi selepas beberapa langkah, dan apabila tersedar bahawasanya, famili-famili yang cuba menikmati petang indah di tepi padang MPK perasan, Matno cuba selindung diri di sebalik tiang-tiang berhampiran pondok yang ada tepi Masjid Negeri Kuantan tu.


Bayangkanlah.


Budak gemuk. Pakai t-shirt dan boxer sahaja. Tepi Masjid Negeri. Tepi padang MPK orang tengah sibuk main bola. Tepi gerai-gerai makan yang sesak waktu petang.


Amacam?


That's the only one of the two times I ever saw Matno face turned red and he became so furious.

Matno even tak bertegur dengan Abg Mat masa dalam lif Megamall waktu nak usha tiket wayang. Nasib baik ada Faliq time tu bajet hero teman Matno tepi masjid tu.

Matno, matno.


---------------


Lebih kurang 2 tahun lepas tu bila kisah ni diungkit balik, Matno kata,


"Tolong jangan buka kisah lalu boleh tak. Ini yang aku malas lepak ngan kau orang ni."



Ha ha.

4 comments:

Hadi Che Muda berkata...

tahi lah kau ni maok!!!!

malu lah aku..

anyway...kali ke 2 yg mane?

Misery of Love berkata...

aduhyai...aku jugak yang jadi watak jahat pedajalkan semua orang. yer lah maok, semua menda jahat dalam cerita2 lelaki bebas ni, semuanya saya yang buat. paling tidak pon, saya yang rancang. apa2 hal, aku cuma bagi apa yang terlintas di fikiran jer pada masa tu!! yang hang pi realisekan menda alah tu apehal?!! kalau hang xamik seluar dia, xder nyer aku nak pecut vitara tu. aduh lahhh...apa2 hal, saya mintak maaf banyak2 arr di. tobat ingatkan masa tu, awak pakai seluar pendek, so apa nak malunya pakai seluar pendek. I rabun jauh u, mana i nampak!! nak pakai spek, takut orang gelak. tu xcampur lagi dengan rabun kaler lagi. so, apa2 hal, saya tetap salah and again, saya mintak maaf banyak2.

Hadi Che Muda berkata...

tolong jgn mintak maap nmpk sedikit awkward bak kata maok..

Zaini berkata...

ntahnye MoL. bapakla. jgn series sgt bley ak.

tau la flash tetes kat org.

Catat Ulasan