20091201

Kisah Dulu, 2007 - (Kantoi Berpakaian Kemas Lengkap Bercermin Mata Dan Tali Lehar Serta Tag Nama)

Dulu, sebelum masuk sem terakhir yakni semester LI (aku rasalah. jadual waktu pun tak ingat inikan pula benda macam ni), kami semua pelajar tahun akhir Fakulti Pembinaan & Lumrah Alam dikehendaki mengikuti program ala soft-skill gitu.

Kalau tak salah aku dia berlanjutan selama 2 minggu? Ke dibuat pada setiap hujung minggu selama 2 minggu? Ah pokok pangkalnya, pada acara akhir, ada sesi ceramah macam tu di dewan besar (baca: bilik kuliah utama). Sesi ceramah yang macam biasa-biasanya bosan dan aku serta segelintir yang lain rebel.

Rebel tak datang la. Rebel buat-buat happening dekat belakang la. Rebel buat-buat kacau marka bajet geli-geli la. Dan akhirnya tidak sign attendance pada setiap hujung sesi ceramah itu.

Fast forward beberapa minggu, beberapa orang pelajar telah dipanggil oleh seorang pensyarah (yang baru), yang dipertanggungjawabkan (kononnya <--nak merebella tu) sebabnya disyakki ponteng sesi ceramah itu. Yours truly adalah termasuk sekali dalam sebilangan yang terpilih itu.

Rebel tak rebel punya fasal kami semua (kalau tak salah aku lagi, adalah dalam 7 orang semuanya) pergi ke bilik Cik Pensyarah itu gaya gengster korea nak minta hutang. Tunggu punya tunggu Cik tu masih tak masuk bilik dia lagi. Tadi sibuk nak jumpa kata dalam STD. Ni tak ada pula. Macam ni lah penjawat awam. Waktu lunch berfoya-foya. Mana anak murid tak macam ni.

Boring sebab tunggu lama sangat aku dan Nuzul (rakan seperjuangan) pergi ke bilik En Mat bagi tujuan lawatan berkala.

Here's the interesting part.

Waktu kami melangkah masuk ke perkarangan halaman bilik-bilik tempat En Mat tu, kami dengar bunyi pintu bilik En Mat baru nak tutup.

Ngeekk. Macam tu lah lebih kurang bunyinya.

What lies before us are too much for a final year civil student to bare with.

En Mat berdiri di depan kami. Berkemeja lengan panjang bersih dengan butang lengan disempurnakan lengkap. Kemas bergosok. Di tuck-in ke dalam seluar slack dengan lipatan tajam di depan. Bertali pinggang jenama Crocodile. Berjam tangan Roscani tanda tidak suka membazir masa. Kasut hitam jenama Bata berkilat seperti baru digosok semalam. Bertali leher! Tag nama kemas bergentayangan di leher!! Dan, dan...

BERKACA MATA!!!!!

OUHMAIGATTTT!!!!


(Perlu diingatkan, En Mat selalu mengingatkan kami betapa beliau benci melihat lelaki yang memaki kaca mata bajet mamat rambut lawa dalam Winter Sonadin tu)



Pada ketika itu, aku, Nuzul dan En Mat berpandangan sesama sendiri buat 7 saat macam tu. Pandang muka masing-masing tanpa berbuat apa-apa in disbelief. En Mat memang ternyata kaget. Tergamam kaku terpacu di situ.

Sejurus selepas itu En Mat masuk ke dalam bilik dia. Keluar semula tanpa bercermin mata dan berpakaian sedikit selekeh macam biasa-biasa yang dia pakai.



"Eh awak semua nak pergi mana ni?"



Tegur beliau seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.



"Hoh!! Nak pergi jumpa mertua berlakon aa!!"



En Mat baru kahwin tak sampai 2 bulan aku rasa waktu itu.



...............



Abg G, Abg G (geleng kepala)

5 comments:

nhaselaluent berkata...

hahaha...that moment memang aku igt syall....hahaha..abg mat abg mat

Hadi Che Muda berkata...

apsal watak aku xde???

Misery of Love berkata...

Nak cerita pon maok, biar arr facts tu tepat!!!"

...Bertali pinggang jenama Crocodile.{brand Dockers™ arr maok, hantaran kahwin, beli ngan nuzul kat one utama} Berjam tangan Roscani {jenama Rado®, hadiah dari bapak saya} tanda tidak suka membazir masa. Kasut hitam jenama Bata {pon Dockers™ jugak} berkilat seperti baru digosok semalam.

Anyway...xkesah..biar lah awak nak kata apa pon..la la la la la

Zaini berkata...

@hadi,

dah kau takde kat situ la gile



@si kantoi,

haha. tau lah barang gerek. hehe.

ah! la la la tak la la la. kantoi aa!!

Misery of Love berkata...

@Zaini....

Sampai skang saya tak faham lagi, pasal apa awak ngan nuzul gelak tengok saya berpakaian segak sedemikian??konpius lagi nih pasal apa, especially tang saya pakai spec tu.

--->Sejurus selepas itu En Mat masuk ke dalam bilik dia. Keluar semula tanpa bercermin mata dan berpakaian sedikit selekeh macam biasa-biasa yang dia pakai.

"Eh awak semua nak pergi mana ni?"

Tegur beliau seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.<---ayat ni keluar pada masa tu pon, psl saya rasa,xder apa2 pon yang ganjil dengan keadaan saya pada masa tu.

well..peristiwa tu xmemberi impak langsung pon pada kehidupan saya. *Sambil terkenang bawak kereta kat U.K, hampir2 nak accident dengan makcik afro dan juga perisatiwa melanggar tiang lampu.

ARRGGHHHH Nih semua salah awak ngan nuzul ni maok!!! SALAH AWAK BERDUA!!! SHAME U!! U GUYS WERE RESPONSIBLE!! XKIRA ARRR...Sampai ke sudah haku xpakai spec!!nak pakai kontek lens, xsesuai dengan eye condition!!! Cuba hang bayangkan, baru first time nak try, menjenguk dunia luar dengan penampilan berkaca mata, terus kena gelak.

Bukan gelak main2, siap terpaku 7 saat (Tobat ingatkan pada masa tu, pakai spec ni memang sesuai ngan aku, untuk detik yang 7 saat tu arr), pastu berlari keluar bilik lantas ketawa macam tengok cerita stephen chow,kungfu hustle, adegan makcik gemuk mengejar beliau. Siap mata berair tu yang xleh tahan tuh. Punya lah angker dia punya gelak.

MAHUNYA AKU XPHOBIA PAKAI SPEC!!! FIRST TRIAL, tau FIRST TRIAL, boleh pulak bertembung dengan hangpa berdua!!!DEMMM U GUYS, DEMMMM!!!

Catat Ulasan